Friday 15 March 2013

Kisah 2 : Perwira terakhir Granada #2 Muqoddimah


Kota Granada pada hari itu telah melalui hari-hari hitam yang sukar, kota Granada juga menyaksikan musibah-musibah yang berat bertimpa-timpa, tidak pernah penduduk di kota itu melalui malam yang membuatkan tidur mereka tidak lena, berasa dalam ketakutan seperti malam hari itu, melihat sekeliling kota itu, tiada apa yang disaksikan kecuali bandar-bandar yang tunduk di bawah tangan musuh yang berkeliaran menjaga dan menetap disitu, walhal pada suatu ketika dahulu, kota itu adalah kota bangsa Arab, yang merupakan pusat Islam, namun kini penduduknya dicemuh dan diperhambakan, yang mana pada dahulunya kota itu lebih mulia daripada helang (yang semua haiwan tunduk padanya), dan kota itu lebih kuat daripada helang (yang dikagumi), kini kota Granada dengan sendirinya mempertahankan kawasannya dan mempertahankan tanah, maruah dan agama, dan bersendirian melunaskan hutang, iaitu hutang jihad. Hutang jihad yang sudah sampai ke pangkal-pangkal tengkuk kota-kota Al-Andalus kesemuanya dan para muslimin, tatkala bandar-bandar Al-Andalus yang lain lena daripada melunaskan hutang, bandar-bandar lain tersebut sibuk dengan kerajaan khayalan mereka dan gelaran-gelaran Sultan yang diberikan bukan pada tempatnya (gelaran sultan yang hanya pada nama bukan hakiki).
Islam memerintah selama 805 tahun.
Bermula 92 H / 711 M sehingga 897 H / 1492 M

Kota Granada menyaksikan istana yang agung dan cantik, yang mana istana itu adalah istana terakhir yang para pemimpin sibukkan untuk melihat pemandangannya, dan istana itu yang menjadikan para pemimpin itu melupakan akhlak padang pasir para penduduk mereka suatu ketika dahulu (kuat dan gagah), dan kubur-kubur kemuliaan (seolah-olah kemulian itu sudah mati) mereka mula melihat pada istana itu, namun tidak terlihat disitu pembina-pembina Al-Hambra melainkan seorang lelaki yang lemah seolah-olah seorang wanita yang berjanggut, yang bernama Abu Abdullah As-Soghir (sultan terakhir Granada) – dan ibunya yang mulia dan berani, seolah-olah seorang lelaki yang diciptakan berupa bentuk perempuan : Aishah, lalu Aishah memalingkan mukanya daripada istana ke bahagian katil-katil dan bertanya : “Adakah Musa sudah pulang?”

p/s : To Be Continued...
     : sebarang keputarbelitan ayat sila rujuk kitab.

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Firqoh Ula Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyah

No comments:

Post a Comment