Thursday 28 July 2016

Pakaian yang selesa membina keyakinan diri (Blouse part)

Saya adalah salah seorang peminat blouse labuh yang sampai ke lutut. Namun sudah bertahun, teramat susah untuk menemukan yang amat selesa dan sesuai untuk saya, kalau ada pun, mesti pakai sekadar sebab dah takda baju sangat. Sampai saya sanggup belajar buat blouse sendiri, ikut style yang betul2 kena dengan jiwa ni... Terimakasih lah dekat Cik sue pemilik blog Kedai Jahitku...

So selepas bertahun mencari, saya telah mendapatkan satu jenis blouse yang teramat kena dengan jiwa ni, bukan sekdar boleh bawa berjalan, boleh bawa bersukan juga tau, bukan apa, kalau tshirt muslimah tu, still juga dia melekat, tapi blouse ni tak, longgar, pelbagai saiz pulak tu dari S sampai XXL, warna tak payah cakap, rasa nak memiliki semua je, mak saya pun suka, siap poket lagi, tangan dia getah, tapi tak ketat sangat dan tak menyakitkan. Satu lagi, order je harini, korg buat payment harini sebelum pukul 12, insya Allah besok pasti sampai. Laju tau.

Yang paling penting, cik husband pun support sangat. Yela melawa depan dia disamping menjaga aurat mengikut hukum syarie ^_^

This is the blouse... Jomler cuci mata.

















Amacam, cun kan. Jika berminat sama ada untuk diri sendiri, kawan, mak, ibu, ummi, makcik2, ammati, kholah, guru2, boleh lah purchase. Harga pun berpatutan dengan blouse yang amat selesa ini.
Boleh whatsapp +60136432127

Semoga Allah berkati kita semua. Amin.

Tuesday 4 February 2014

:: Hikmat itu makanan Akal ::

Dikatakan kepada Ibnul Mubarak -Rahimahullah- : Apakah perkara yang baik yang diberikan kepada seseorang?

Maka beliau menjawab : Naluri akal (instinct).

Dikatakan lagi padanya : Jika tiada?

Maka beliau menjawab :Adab yang baik.

Dikatakan lagi padanya : Jika tiada?

Maka beliau menjawab : Saudara soleh yang meminta nasihat darinya.

Dikatakan lagi padanya : Jika tiada?

Maka beliau menjawab : Diam yang panjang.

Dikatakan lagi padanya : Jika tiada?

Maka beliau menjawab : Kematian yang cepat.

***

Al-Imam Al-Hafiz ibn Hibban berkata : Orang yang berakal mesti menjadikan sesuatu untuk menghidupkan akalnya daripada hikmat, dia menjadikan hikmat itu seperti dia menghidupkan jasad jasmaninya daripada makanan ; kerana keperluan jasad jasmani itu adalah makanan, dan keperluan akal itu adalah hikmat, maka seperti mana jasad jasmani mati apabila kekurangan makanan dan minuman, begitu jugalah akal jika kekurangan keperluannya iaitu hikmat, matilah ia.

:: Jadilah Bintang ::

Kematian hati...

Banyak orang banyak sekali tawanya...
Lupa bahawa maut sedang mengintainya...

Banyak orang cepat datang ke sof solat... tetapi cepat pula ia pergi...
Dingin tanpa penghayatan...

Banyak orang yang sedikit beramal, tapi disebut-sebutnya banyak sekali...

Merendahlah...

Engkau kan seperti bintang ke bintang...
Berkilau dipandang orang di atas liat air...
Dan sang bintang pun jauh nun tinggi...

Janganlah seperti asap yang mengangkat diri tinggi di langit...
Padahal dirinya rendah hina...


Thursday 21 November 2013

Kutub Lughoh dan 'Ulama'nya

Al-Kitab (Sibawayh)
Lisan Arabi (Ibnu Manzur)
Taj Al-Arus (Az-Zabidi)
Kitab Al-Ain (Al-Farahidi)
Miftah al-Ulum (As-Sakaki)
Jamharah Al-Lughah (Ibn Duraid)
As-Sihah Fi Al-Lughah (Al-Jauhari)
Mukhtar As-Sihah (Ar-Razi)
Syarah Qatrun Nada (Ibn Hisham Al-Ansari)
Syarah Syuzuruzzahab (Ibn Hisham)
Syarah Ibn Aqil (Ibn Aqil)
Mughni Labib (Ibn Hisham Al-Ansari)
Syarah Ajrumiah (Hasan Hafizi)
Tuhfah As-Saniah (Muhammad Muhyiddin Abdul hamid)

dan banyak lagi...


My collection :




Kitab lain tengah kumpul duit tunggu ma'rad akan datang...

Umurku kini 3 tahun di Kinanah

Alhamdulillah selamat sudah kaki ini menapak ke Tahun 2 bagi sesi 2013/2014. Kembali ke kuliah, ke alam tarbiyyah di Bumi Kinanah, setelah menjalani percutian empat bulan yang menyeronokkan dan membahagiakan di Malaysia.

Alhamdulillah.Untuk Tahun 2 yang sedang berlangsung ni, pelbagai perkara menarik baru yang berlaku. Antaranya, ramai rakan-rakan serumah yang termotivasi untuk berjalan kaki ke sekolah, disamping jimat, exercise katanya. Mungkin termotivasi kerana sering berjalan kaki balik dari kuliah ke rumah disebabkan muzaharaaaaat (kalimah dallah ala al-jam'). Malangnya, saya belum termotivasi lagi, baru saja tadi pakcik teksi tak nak masuk dalam jamiaah, rungutan dari awal jalan sampai ke kelas tak berhenti dari mulut ni.

Kelas? Bertambah selesa, dengan dur khas untuk para tolibat sahaja. Tullab semua ada dekat dur atas. Ruang untuk solat pun disediakan.

Murabbi? Alhamdulillah kini dapat merasakan pengalaman bersama para asatizah yang ulama' dan azkiya' dan dan dan. Ada yang serius, ada yang kelakar, ada yang mu'tadil bainahuma, tetapi semuanya kami sayang, hehe.

Subjek? Untuk semester kali ini, kami ditaklifkan untuk belajar 10 subjek yang antaranya terdapat 3 subjek baru Iqtisod Islami, Tarikh khulafa' dan Fiqh Lughoh. Semuanya oklah, menarik! Namanya pun belajar, tak lari dari al-malal. =P

Perkhidmatan? Sweet Sour. Urusan mudah dengan bantuan 'amid dan mudir yang amat memahami. Cuma kena bayar khidmat ghoir ta'limiah pulak dah. Layankan ajee.

Persekitaran. Oklah! Ada taman cantik depan kuliah. Tapi persekitaran masih belum berapa bersih. Nama pun belajar kat padang pasir, ya sememangnya berpasir. Tempat tunggu teksi untuk balik rumah masih sama. Cuma yang berbeza sekarang, setiap kali balik mesti ada askar dan polis berjaga depan bawwabah kuliah.

Rumah? Masihlah rumah yang sama. Cuma kini penghuninya semakin bertambah atas arahan pihak atasan kami jugaklah. Layankan aje sekali lagi. =P

Jalan-jalan sorang-sorang dah tak berani. Dulu pergi talaqqi sorang pun apa ada hal. Sekarang macam-macam kes pulak di Mesir ni. Haa yang ni tak layankan aje, tapi memang takut betul. Jadi elakkan ajelah.


Saturday 13 April 2013

Cinta hati saya

Qodho dan Qadar Allah mempertemukan saya dengan Maahad Ahmadi. Tertakdir di situ hati saya jatuh cinta akan sesuatu. Disulami memori manis tatkala bibit-bibit pertemuan antara saya dan ianya hinggalah kini.

Senawi 1 Abu Bakar & Senawi 2 Abu Bakar
Bahagian akademik sekolah menetapkan supaya pelajar sudah diberi pendedahan untuk subjek lughoh sejak awal lagi. Apalah yang saya belajar ni. Saya pun tak tahu. Dengan penuh kerahmatan, Allah hantarkan Ustaz yang handsome dan Ustazah yang cun untuk ajar kami! Huhu.Indah sungguh memori saat pertemuan saya dan ia. Jiwa saya jatuh cinta dengan lughoh itu disulami dengan hadiah menarik dari Allah. Ustaz Khirman ketika itu, belum kahwin lagi, Ustazah Dzakirah Farhaa juga. Kedua-duanya khirij dari Jordan. Pengajaran yang dibias dengan ketegasan, paksaan, keikhlasan menarik saya untuk masuk ke dalam dunia lughoh hatta magnet masih boleh dipisahkan dari besi, namun jauh sekali saya.

Menjangkau usia 16 tahun, ditakdirkan saya tidak terpilih ke KISAS yang sememangnya saya inginkan, bulat hati saya memilih untuk melanjutkan pelajaran di Maahad Ahmadi sekali lagi, diperteguh pula dengan pandangan ayah dan emak. Berkat bumi tarbiyah ini, saya ditakdirkan bertemu pula dengan ustazah dan ustaz-ustaz azhariy. Khirij dari Jamiah Al-Azhar dengan bachelor, di samping akhlak yang menghiasi jiwa mereka serta keikhlasan dalam mendidik moral insan, berpenat lelah memikirkan maslahat ummah dan memperbaiki kerosakan jiwa, hati saya sekali lagi disentuh, rasanya seperti terikat hati ini dengan lughoh itu. Kala ini hati saya terhibur sehingga lupa kisah sedih tidak diterima di KISAS. Ustaz Taufik yang sedia membaca insya' saya dan membaikinya, pernah juga saya ceritakan masalah saya dalam subjek Balaghoh, walaupun beliau tidak mengajar namun dia seorang yang sentiasa meminjamkan telinga untuk mendengar ruungutan dan masalah saya. Ustaz Roikhan pula, seorang yang banyak mengenalkan saya dengan jenis maf'ul hatta sampai sekarang nota yang dicatitkan olehnya masih tersimpan rapi, juga masih terkedap segala celotehnya yang slumber dalam ruang kedap hati saya, apabila saya melalui ruang kedap itu, bibir pula mahu menguntum senyum. Dan lagi, Ustazah Norlia yang tidak segan silu memaksa saya untuk berdiri tatkala datang kemalasan untuk menghafal, atas kerajinannya mencubit juga saya mengenali Balaghoh. Nas-nas syair yang sentiasa menjadi ucapan mulut : هي الدار ما الأنفس... hasil didikan Ustaz Mohammad Ibrahim, seorang Misriy, begitu juga nas-nas : ريم علي القاع بين... hasil "kerusi malaikat" Ustaz Khedr, juga Misriy. Kerusi malaikat. Kenangan yang pahit pada zahirnya namun manis rasanya di lidah jiwa saya. Sudah tabiatnya tidur dalam kelas, terimalah padahnya. Hehehe. Namun, dua insan yang banyak mempengaruhi saya dalam percintaan saya dan ia, seorang wanita yang teguh pendiriannya, rasa terngiang kata-katanya "Tazah kalam wahid!!!". Beliaulah warden beliaulah motivater beliaulah murobbiyah beliaulah guru yang membuka mata saya dan mengusik hati saya supaya menyelam jauh ke dasar alam lughoh. "Allah kau rahmatilah Ustazah Khairah". Tidak dilupakan, begitu juga dengan kegarangan Ustaz Idris dan kelantangan suara ketika mengajar membuat tidur yang lena dijagakan dengan tangkas, loyarnya yang tidak cantik kadang-kadang membuatkan si pelajar tergelak dan hilang rasa nervous. Hehe. Ustaz Nizam pula, tidak pernah jemu menghidangkan kami kalimat-kalimat indah untuk dipergunakan dalam insya'. Bak kata Ustaz Idris, "ini tidak, asyik-asyik ثم @ بعد ذلك" . Hahaha, betul jugak. Terima kasih ustaz dan ustazah jadi orang tengah antara saya dan ia. Ia yang kini merenggut jiwa saya.

Dan kini Allah takdirkan supaya saya berada di Ka'abah Ilmu. Disebalik nikmat ini saya tahu tersimpan banyak tanggungjawab yang perlu saya kotakan apabila saya pulang ke Malaysia nanti. Alhamdulillah. Saya cuma perlu petik jari sahaja kalau saya ingin berdating dengannya. banyak taman-taman ilmu yang menyediakan kuntuman bunga mekar untuk menghiasi pertemuan kami. Rahmat Allah, saya dulu pernah diberi peluang untuk bertalaqqi dengan Syeikh Ibrahim Mali sehinggalah saya sudah tidak mampu untuk mengikutinya atas pertembungannya dengan kuliah, beliau seorang a'jami yang fasih lagi syarih. Alhamdulillah, jika ia memang jodoh saya, tidak akan kemana kan? Kini saya bertemu lagi mutiara yang digelar Syeikh Hassan Othman, walaupun beliau mengajar ibarat kereta api, cinta itu tetap akan beusaha kan walau sesukar apa sekalipun. Dari sisi lain, mempunyai abang yang saya kagumi, menjadi perantaraan saya dan ia juga antara detik manis percintaan saya dan ia, kini beliau sedang melanjutkan pelajarannya di kuliah Lugoh Jami'ah Al-Azhar, musykilah apapun saya tidak mengalami kesukaran kerana saya mempunyai kaunter pertanyaan secara free. Selain abang saya si Rahim tu, saya dihadiahkan dengan kehadiran beberapa senior yang mempunyai minat lebih ke lughoh itu seperti saya dan kami kini bernaung di bawah Jabatan Bahasa AmanahRaya Islamic Studies Students Association. Felo : Ustaz Jayyid dibantu Ustazah Aimi. Tatkala perjumpaan saya lebih banyak mendiamkan diri kerana terpana dengan kehebatan mereka dan saya cuma mampu memerhati dan menanam azam sebelum saya mampu menjadi seperti mereka. Ustaz Jayyid kini telahpun mengorak langkah membuka kelas tutorial lughoh di rumah negeri. Sedangkan saya baru bertatih dan hanya mampu memacu sesama insan sekeliling sahaja. Saya percaya dengan peribahasa ibunda versi saya, sedikit demi sedikit dahulu sebelum menjadi gunung. Hehehe. Namun hari ini saya sedar, minat saya dan cinta saya kepadanya tidak boleh membuatkan saya melupakan ilmu lain. Saya cuba menguasai ilmu lain, kena juga dengan tempat yang saya mukim kan kini, Kaabah Ilmu, sudah tentulah peluang untuk saya menguasai ilmu itu besar dan luas. Rugilah saya jika tidak menggunakan masa yang ada.

Lalu ateh jerit : "jom makan sarapan!!"

Friday 12 April 2013

Kisah 2 : Perwira terakhir Granada #5


Hari itu adalah hari yang menerangi jalan bagi sesiapa yang ingin merekod sejarah, dan hari itu datang pada waktu malam seperti orang yang bijak dalam kalangan manusia, hari itu membuat sesuatu yang menakjubkan untuk menjadi keajaiban pada masa itu, tidak terlihat insan seperti beliau (Musa) di Granada, dan kehidupan tidak menyaksikan insan seperti dia kecuali sedikit! Hari yang merugikan manusia, naluri penjagaan diri sendiri ketika kesusahan, naluri jenis dan mereka lupa diri mereka untuk mengingati agama dan negara, dan terpototnglah waktu sekarang yang dibenci, untuk hidup pada waktu dulu yang penuh dengan keagungan, maka berkocaklah laut di halaman Granada dengan tubuh-tubuh manusia yang mana pemilik-pemilik tubuh ini membawa ruh-ruh mereka di atas tapak tangan (rela untuk mati), dan mereka menawarkan darah-darah mereka, yang sejarah marahkannya kerana padanya terdapat warisan selama lapan kurun dan kesemuanya mulia, dan diri mereka yang ditiup kedalamnya memori  seribu kemenangan dalam peperangan, maka mereka berjalan di atas api (semangat) dan buku-buku sejarah bersedia untuk menulis perkara yang mengagumi pendirian para penduduk jika mereka bertindak dengan tangkas dulu.

Musa telah tiba, (ibarat) perwira Badar yang tersalah pada masanya, lalu tiadalah dia pada tahun hijrah yang pertama, tetapi muncul pada akhir kurun kesembilan, maka dia tiada di Hijaz ketika mana bermulanya sejarahnya yang agung, tetapi dia muncul di Andalus ketika tamatnya sejarah itu.

Kesedihan menyelubunginya (Musa), para penduduk semuanya diam dan menghormati kesedihan lelaki itu yang jika masa sekarang mendahuluinya (jika dia ada sebelum waktu Andalus), dia pasti akan melancarkan Yarmouk yang lain dan Qodisiyyah yang kedua, tetapi Allah menginginkan sejarah kita di Andalus dibuka oleh Musa (bin Nusair) dan diakhiri sekarang oleh Musa (bin Abi Al-Ghossan).

Musa melihat sekeliling, disekelilingnya orang-orang tua yang mencurahkan kemuliaan ke atas uban-uban mereka kecantikan dan cahayanya, dan kanak-kanak seperti bunga yang membuka matanya melihat dunia dan mereka mendapatinya tenggelam dalam kolam darah, dan wanita-wanita mengembangkan kuntumannya dari bunga, maka jalan-jalan telah menyaksikan orang-orang yang matahari tidak pernah melihatnya kerana terpelihara dan sopannya mereka, mereka muncul berjalan untuk ke medan peperangan dan bersesak-sesak bersama lelaki, mereka tidak risaukan kecantikan mereka mempengaruhi lelaki-lelaki itu, kerana rasa jihad telah membenamkan rasa tertarik antara satu sama lain, seolah-olah setiap lelaki itu adalah saudara wanita itu maka dia menundukkan kepalanya. Semua orang ketika itu melihat ada airmata yang bergenang di mata-mata para pejuang, dan mereka membuka mulut mereka dan menahan nafas mereka. (kinayah tentang penantian dan takut)

Tiba-tiba beliau mengkhabarkan berita yang penting, berita tentang penyerahan kunci Granada oleh Abu Abdullah As-Soghir!

Berita itu mulanya kecil sepertimana terzahirnya malapetaka, semua orang pada ketika itu tidak tahu kengerian yang secara tiba-tiba ini, apa kesannya dan risikonya akan datang, tetapi kurun-kurun yang berikutnya mengetahui apa kesan berita ini, dan musibah itu tidak berhenti sehingga ke hari ini berdasarkan bencana dan musibahnya.

sharing side :

  • saya mengalami kesukaran untuk menterjemah petikan muhadarah kali kelima ini. Tapi kemungkinan besar penyebabnya adalah salah saya sendiri yang lambat seminggu untuk menterjemahnya.
  • untuk perenggan pertama nanti saya update semula ye. ada banyak musykilah kat situ.
  • Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan semua.

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Firqoh Ula Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyah