Saturday 13 April 2013

Cinta hati saya

Qodho dan Qadar Allah mempertemukan saya dengan Maahad Ahmadi. Tertakdir di situ hati saya jatuh cinta akan sesuatu. Disulami memori manis tatkala bibit-bibit pertemuan antara saya dan ianya hinggalah kini.

Senawi 1 Abu Bakar & Senawi 2 Abu Bakar
Bahagian akademik sekolah menetapkan supaya pelajar sudah diberi pendedahan untuk subjek lughoh sejak awal lagi. Apalah yang saya belajar ni. Saya pun tak tahu. Dengan penuh kerahmatan, Allah hantarkan Ustaz yang handsome dan Ustazah yang cun untuk ajar kami! Huhu.Indah sungguh memori saat pertemuan saya dan ia. Jiwa saya jatuh cinta dengan lughoh itu disulami dengan hadiah menarik dari Allah. Ustaz Khirman ketika itu, belum kahwin lagi, Ustazah Dzakirah Farhaa juga. Kedua-duanya khirij dari Jordan. Pengajaran yang dibias dengan ketegasan, paksaan, keikhlasan menarik saya untuk masuk ke dalam dunia lughoh hatta magnet masih boleh dipisahkan dari besi, namun jauh sekali saya.

Menjangkau usia 16 tahun, ditakdirkan saya tidak terpilih ke KISAS yang sememangnya saya inginkan, bulat hati saya memilih untuk melanjutkan pelajaran di Maahad Ahmadi sekali lagi, diperteguh pula dengan pandangan ayah dan emak. Berkat bumi tarbiyah ini, saya ditakdirkan bertemu pula dengan ustazah dan ustaz-ustaz azhariy. Khirij dari Jamiah Al-Azhar dengan bachelor, di samping akhlak yang menghiasi jiwa mereka serta keikhlasan dalam mendidik moral insan, berpenat lelah memikirkan maslahat ummah dan memperbaiki kerosakan jiwa, hati saya sekali lagi disentuh, rasanya seperti terikat hati ini dengan lughoh itu. Kala ini hati saya terhibur sehingga lupa kisah sedih tidak diterima di KISAS. Ustaz Taufik yang sedia membaca insya' saya dan membaikinya, pernah juga saya ceritakan masalah saya dalam subjek Balaghoh, walaupun beliau tidak mengajar namun dia seorang yang sentiasa meminjamkan telinga untuk mendengar ruungutan dan masalah saya. Ustaz Roikhan pula, seorang yang banyak mengenalkan saya dengan jenis maf'ul hatta sampai sekarang nota yang dicatitkan olehnya masih tersimpan rapi, juga masih terkedap segala celotehnya yang slumber dalam ruang kedap hati saya, apabila saya melalui ruang kedap itu, bibir pula mahu menguntum senyum. Dan lagi, Ustazah Norlia yang tidak segan silu memaksa saya untuk berdiri tatkala datang kemalasan untuk menghafal, atas kerajinannya mencubit juga saya mengenali Balaghoh. Nas-nas syair yang sentiasa menjadi ucapan mulut : هي الدار ما الأنفس... hasil didikan Ustaz Mohammad Ibrahim, seorang Misriy, begitu juga nas-nas : ريم علي القاع بين... hasil "kerusi malaikat" Ustaz Khedr, juga Misriy. Kerusi malaikat. Kenangan yang pahit pada zahirnya namun manis rasanya di lidah jiwa saya. Sudah tabiatnya tidur dalam kelas, terimalah padahnya. Hehehe. Namun, dua insan yang banyak mempengaruhi saya dalam percintaan saya dan ia, seorang wanita yang teguh pendiriannya, rasa terngiang kata-katanya "Tazah kalam wahid!!!". Beliaulah warden beliaulah motivater beliaulah murobbiyah beliaulah guru yang membuka mata saya dan mengusik hati saya supaya menyelam jauh ke dasar alam lughoh. "Allah kau rahmatilah Ustazah Khairah". Tidak dilupakan, begitu juga dengan kegarangan Ustaz Idris dan kelantangan suara ketika mengajar membuat tidur yang lena dijagakan dengan tangkas, loyarnya yang tidak cantik kadang-kadang membuatkan si pelajar tergelak dan hilang rasa nervous. Hehe. Ustaz Nizam pula, tidak pernah jemu menghidangkan kami kalimat-kalimat indah untuk dipergunakan dalam insya'. Bak kata Ustaz Idris, "ini tidak, asyik-asyik ثم @ بعد ذلك" . Hahaha, betul jugak. Terima kasih ustaz dan ustazah jadi orang tengah antara saya dan ia. Ia yang kini merenggut jiwa saya.

Dan kini Allah takdirkan supaya saya berada di Ka'abah Ilmu. Disebalik nikmat ini saya tahu tersimpan banyak tanggungjawab yang perlu saya kotakan apabila saya pulang ke Malaysia nanti. Alhamdulillah. Saya cuma perlu petik jari sahaja kalau saya ingin berdating dengannya. banyak taman-taman ilmu yang menyediakan kuntuman bunga mekar untuk menghiasi pertemuan kami. Rahmat Allah, saya dulu pernah diberi peluang untuk bertalaqqi dengan Syeikh Ibrahim Mali sehinggalah saya sudah tidak mampu untuk mengikutinya atas pertembungannya dengan kuliah, beliau seorang a'jami yang fasih lagi syarih. Alhamdulillah, jika ia memang jodoh saya, tidak akan kemana kan? Kini saya bertemu lagi mutiara yang digelar Syeikh Hassan Othman, walaupun beliau mengajar ibarat kereta api, cinta itu tetap akan beusaha kan walau sesukar apa sekalipun. Dari sisi lain, mempunyai abang yang saya kagumi, menjadi perantaraan saya dan ia juga antara detik manis percintaan saya dan ia, kini beliau sedang melanjutkan pelajarannya di kuliah Lugoh Jami'ah Al-Azhar, musykilah apapun saya tidak mengalami kesukaran kerana saya mempunyai kaunter pertanyaan secara free. Selain abang saya si Rahim tu, saya dihadiahkan dengan kehadiran beberapa senior yang mempunyai minat lebih ke lughoh itu seperti saya dan kami kini bernaung di bawah Jabatan Bahasa AmanahRaya Islamic Studies Students Association. Felo : Ustaz Jayyid dibantu Ustazah Aimi. Tatkala perjumpaan saya lebih banyak mendiamkan diri kerana terpana dengan kehebatan mereka dan saya cuma mampu memerhati dan menanam azam sebelum saya mampu menjadi seperti mereka. Ustaz Jayyid kini telahpun mengorak langkah membuka kelas tutorial lughoh di rumah negeri. Sedangkan saya baru bertatih dan hanya mampu memacu sesama insan sekeliling sahaja. Saya percaya dengan peribahasa ibunda versi saya, sedikit demi sedikit dahulu sebelum menjadi gunung. Hehehe. Namun hari ini saya sedar, minat saya dan cinta saya kepadanya tidak boleh membuatkan saya melupakan ilmu lain. Saya cuba menguasai ilmu lain, kena juga dengan tempat yang saya mukim kan kini, Kaabah Ilmu, sudah tentulah peluang untuk saya menguasai ilmu itu besar dan luas. Rugilah saya jika tidak menggunakan masa yang ada.

Lalu ateh jerit : "jom makan sarapan!!"

Friday 12 April 2013

Kisah 2 : Perwira terakhir Granada #5


Hari itu adalah hari yang menerangi jalan bagi sesiapa yang ingin merekod sejarah, dan hari itu datang pada waktu malam seperti orang yang bijak dalam kalangan manusia, hari itu membuat sesuatu yang menakjubkan untuk menjadi keajaiban pada masa itu, tidak terlihat insan seperti beliau (Musa) di Granada, dan kehidupan tidak menyaksikan insan seperti dia kecuali sedikit! Hari yang merugikan manusia, naluri penjagaan diri sendiri ketika kesusahan, naluri jenis dan mereka lupa diri mereka untuk mengingati agama dan negara, dan terpototnglah waktu sekarang yang dibenci, untuk hidup pada waktu dulu yang penuh dengan keagungan, maka berkocaklah laut di halaman Granada dengan tubuh-tubuh manusia yang mana pemilik-pemilik tubuh ini membawa ruh-ruh mereka di atas tapak tangan (rela untuk mati), dan mereka menawarkan darah-darah mereka, yang sejarah marahkannya kerana padanya terdapat warisan selama lapan kurun dan kesemuanya mulia, dan diri mereka yang ditiup kedalamnya memori  seribu kemenangan dalam peperangan, maka mereka berjalan di atas api (semangat) dan buku-buku sejarah bersedia untuk menulis perkara yang mengagumi pendirian para penduduk jika mereka bertindak dengan tangkas dulu.

Musa telah tiba, (ibarat) perwira Badar yang tersalah pada masanya, lalu tiadalah dia pada tahun hijrah yang pertama, tetapi muncul pada akhir kurun kesembilan, maka dia tiada di Hijaz ketika mana bermulanya sejarahnya yang agung, tetapi dia muncul di Andalus ketika tamatnya sejarah itu.

Kesedihan menyelubunginya (Musa), para penduduk semuanya diam dan menghormati kesedihan lelaki itu yang jika masa sekarang mendahuluinya (jika dia ada sebelum waktu Andalus), dia pasti akan melancarkan Yarmouk yang lain dan Qodisiyyah yang kedua, tetapi Allah menginginkan sejarah kita di Andalus dibuka oleh Musa (bin Nusair) dan diakhiri sekarang oleh Musa (bin Abi Al-Ghossan).

Musa melihat sekeliling, disekelilingnya orang-orang tua yang mencurahkan kemuliaan ke atas uban-uban mereka kecantikan dan cahayanya, dan kanak-kanak seperti bunga yang membuka matanya melihat dunia dan mereka mendapatinya tenggelam dalam kolam darah, dan wanita-wanita mengembangkan kuntumannya dari bunga, maka jalan-jalan telah menyaksikan orang-orang yang matahari tidak pernah melihatnya kerana terpelihara dan sopannya mereka, mereka muncul berjalan untuk ke medan peperangan dan bersesak-sesak bersama lelaki, mereka tidak risaukan kecantikan mereka mempengaruhi lelaki-lelaki itu, kerana rasa jihad telah membenamkan rasa tertarik antara satu sama lain, seolah-olah setiap lelaki itu adalah saudara wanita itu maka dia menundukkan kepalanya. Semua orang ketika itu melihat ada airmata yang bergenang di mata-mata para pejuang, dan mereka membuka mulut mereka dan menahan nafas mereka. (kinayah tentang penantian dan takut)

Tiba-tiba beliau mengkhabarkan berita yang penting, berita tentang penyerahan kunci Granada oleh Abu Abdullah As-Soghir!

Berita itu mulanya kecil sepertimana terzahirnya malapetaka, semua orang pada ketika itu tidak tahu kengerian yang secara tiba-tiba ini, apa kesannya dan risikonya akan datang, tetapi kurun-kurun yang berikutnya mengetahui apa kesan berita ini, dan musibah itu tidak berhenti sehingga ke hari ini berdasarkan bencana dan musibahnya.

sharing side :

  • saya mengalami kesukaran untuk menterjemah petikan muhadarah kali kelima ini. Tapi kemungkinan besar penyebabnya adalah salah saya sendiri yang lambat seminggu untuk menterjemahnya.
  • untuk perenggan pertama nanti saya update semula ye. ada banyak musykilah kat situ.
  • Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan semua.

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Firqoh Ula Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyah

Kisah 2 : Perwira terakhir Granada #6 Akhir

Musa tiba-tiba melihat istana besar yang banyak masa diinfakkan untuk proses pembinaannya, namun telah runtuh, musnah cuma dalam beberapa minit, kerana tanahnya yang disiram darah-darah nenek-moyang, bercampur-aduk dengan puing-puing runtuhan dan mayat, dan berdiri atas tangan-tangan mereka, dengan sewenang-wenangnya si pengecut dungu itu telah menyerahkannya kepada musuh dan penceroboh itu. Lalu berubah status si ketua menjadi hambs begitu juga sang raja menjadi hamba, lalu keadaan ini menjadikannya (Musa) berfikir tentang keadaan sekumpulan penduduk sekelilingnya yang hidup dalam kemuliaan Granada, adakah dia perlu menjauhkan mereka dari kematian dan menangkisnya supaya hidup selesa dan tenang (di tangan penjajah), atau membebaskan mereka daripada hidup dengan penuh kehinaan dan kesakitan dan memandu mereka untuk mati syahid?
Ketika kepalanya ligat berfikir, tiba-tiba sang kanak-kanak Granada mendendangkan lagu yang tidak diketahui siapa penciptanya lalu semua penduduk dan alam diam menghayati dan memerhati.
- Jangan menangis wahai ibu, sesungguhnya kami menuju ke syurga.
- Sesungguhnya tanah kota Granada tidak akan menyempitkan liang lahad kanak-kanak yang mati di jalan Allah.
- Sesungguhnya bunga-bunga Granada tidak akan menghalang wangiannya walau kami dikubur, wangian yang pemiliknya sendiri tidak dapat menikmatinya ketika hidup.
- Sesungguhnya telaga-telaga tidak akan menghalang airnya untuk membasahi tanah di liang lahad, air yang pemiliknya sendiri tidak dapat minum.
- Engkau wahai tanah Granada, ibu kami yang kedua, maka dakaplah kami ke dadamu yang hangat yang telah pun mendahului memeluk ayah kami yang telah pun syahid.
- Jangan menangis wahai ibu tetapi gembiralahdan jagalah anak patung/boneka (permainan) kami, saudara-saudara kami akan datang nanti untuk bermain dengannya.
- Maka ingatkanlah mereka bahawa kami tinggalkan permainan itu demi negara ini.
- Kita akan berjumpa lagi wahai ibu, sesungguhnya engkau tidak akan melebihkan kehidupan di bawah naungan Sepanyol daripada mati di bawah bendera Hijaziah (Islamiah).
- Dan tanah Granada tidak akan sempit untuk kami. Tanah kita tidak akan sempit dengan para syuhada'.
Musa tidak lagi dapat menanggung lebih banyak dari itu, lalu dia menumbuk kepalanya, lalu pergi ke tempat yang tiada seorang pun tahu, seperti mana tiada seorang pun yang tahu dari mana dia datang.
Dan begitulah perginya perwira terakhir Andalus, tidak disembunyikan kuburnya di mana (tiada siapa tahu dimana kuburnya, dan jika tahu, kuburnya pasti disembunyikan demi menjaga mayatnya) dan tiada sirah yang jelas dalam sejarah, tetapi melewati (datang kepada) kita seolah-olah ia adalah impian yang indah.
Semoga Allah merahmati Musa Bin Abi Al-Ghossan dan kesemua perwira tersebut.


sharing side :

  • Alhamdulillah. Saya selesai menterjemah tamaman. Sebarang kesulitan atau kesalahan bolehlah maklum balas.
  • Kisah ini dipetik dari Kitab Qosos min at-Tarikh oleh Syeikh Ali Tantawi muka surat 257 dan menjadi muqorror bagi subjek Maharat Lughowiyah Firqoh Ula.
  • Ayat yang digunakan bagi saya, tahap sukar namun boleh difahami dengan bantuan tenaga pengajar dan kamus. Kesukaran ini saya gambarkan dengan mengambil masa sebanyak 6 muhadarah (setiap muhadarah 1 jam 30 minit) supaya cerita ini difahami tamaman oleh pelajar.
Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Firqoh Ula Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyah

Thursday 11 April 2013

Realiti : Riadhah

Saya merasakan hidup saya tiada jodoh dengan sukan tertentu. Sentiasa berubah mengikut fizikal, mental dan circumstance mungkin. Seawal usia 5 tahun, sukan pertama yang saya ceburi, kutip gula-gula siapa paling banyak anjuran Balai Raya Felda Palong 8. Sewaktu saya masih merangkak menuntut ilmu asas di TADIKA, saya cenderung kepada pertandingan menyusun alfabet dari A-Z. Alhamdulillah saya menang. Tapi saya failed pada ketika itu ketika pertandingan isi air dalam botol. Saya gelar ini sukan rakyat.

:: sekolah rendah ::

Namun disini saya begitu tidak aktif dalam bersukan kerana saiz tubuh yang agak besar dari kawan-kawan yang lain. Lompat jauh yang sepatutnya dua kaki, saya dengan dua kali percubaan, mendarat cuma dengan satu kaki sahaja. Lompat tinggi pula saya jadikan Lompat Rempuh. Saya ada juga beberapa kali mencuba untuk melontar peluru, katanya badan besar kuat kalau melontar. Tapi tangan saya selembut hati saya, tidak biasa melempar dengan kasar sekali. Kalau kawad kaki entahlah nak gelar sukan mahupun tidak, tapi saya dapt join kerana yang diperlukan dalam bidang ini ialah mental, minat, dinamik serta energi. Allah Maha Memberi.

:: sekolah menengah ::

Disini saya tidak pasti lemak dan daging saya disedut oleh nyamuk apa sehingga saya tidak lagi berdagu dua seperti dahulu. Saya mula berjinak-jinak dalam sukan merentas desa kerana saya mendapati saya mempunyai energi untuk berlari lama tetapi, saya failed kalau disuruh pecut! Pencapaian yang paling membanggakan saya rasanya ketika berusia 17 tahun, saya berjaya dengan pingat Perak, tetapi saya tercampak jauh di peringkat daerah dengan tempat ke-22. Jangan gelakkan saya ok.  Saya juga menceburi sukan bola jaring ketika 15 tahun untuk posisi Goal Attack dan Goal Shooter. Time pemilihan semua bola nak gol, bila dah terpilih, hancur. Tangan saya yang selembut hati ini tidak menerima sebarang bola laju dan melontar bola yang jauh. Disebabkan keikhlasan hati kak NurFatin Syahira, dia mengajar saya untuk bermain ping pong pula pada usia 16 tahun. Di sini saya rasa mungkin kena dengan saya, seiring dengan kelembutan tangan yang ibarat hati saya. Tapi sekali lagi, saya tidak mampu nak spin bola. Haha. Lepas tu saya dah keluar sekolah. Pergi PLKN....

:: PLKN ::

Saya ingat tidak akan mencipta sejarah disini, tetapi Allah telah mentakdirkannya. Disebabkan Kompeni Bravo tidak cukup peserta untuk pertandingan Kembara Halangan (if I'm not mistaken) mungkin kerana saya slim maka saya yang ditambahkan untuk mencukupkan kolum. Tak yakin pun tapi bedal saje. Ada lebih kurang 7 halangan rasanya. Yang saya ingat Lompat Vault, meniti jambatan bergoyang,Tarzan Swing, panjat halangan 2 meter, merangkak dalam terowong, Monkey Track, panjat dan lompat, Kawat Berduri. Sebenarnya sebelum pemilihan, kami telah pun diberi peluang untuk sesi pemilihan, sememangnya saya failed bila tiba di bahagian Monkey Track. Asyik jatuh masuk air. Biasalah tangan selembut hati. Habis boot saya waktu tu. Haish. Tapi sangat mengharukan kerana kompeni saya menang juga time tu.

:: universiti ::

Saya tak pernah melibatkan diri dalam apa-apa pertandingan sukan lagi di sini. Tapi saya selalu pergi riadhah jika diajak atau ada kelapangan. Baru masuk tajuk. Selalunya saya main bola jaring kalau dengan akhawat AmanahRaya ni. Pernah sekali team bola jaring kami menjalani usrah seusai selepas subuh semata-mata ingin menyertai perlawanan persahabatan antara ARB vs AQ. Dan minggu lepas saya mengikuti program Rumah Negeri Sembilan iaitu bola tampar dan futsal. Saya bukan reti main. Asal boleh dan menghiburkan hati saya saje. Servis untuk bola tampar? Tak payah cakap semua kelaut. Dulu kat PLKN main bola tampar dengan kawan-kawan, saya selalu menggunakan kaki. Hehe. Saya main bola tampar minggu lepas seperti main bola jaring, entah memang tak reti. Bila sampai ke perlawanan futsal, punyalah semangat sampai satu padang saya lari, tamakkan bola, golnya satu je. Yang sepak sangat kuat ketika itu Kak Dura. Kak Nana tak kurang juga hebatnya jadi Goal Keeper. Kak Ain Syafiqah sama juga hebatnya dan ramai lagi.

Riadhah ribat Ukhwah - tema Lajnah Sukan AISA hehe

Sukan, walaupun jodoh kita tidak kuat, saya masih bersyukur untuk peluang dan pengalaman yang saya lalui. Yang penting : jangan pernah rasa rendah diri kerana sesuatu kekurangan, tetapi tampakkanlah sesuatu kelebihan yang dianugerahkan Allah S.W.T.

Tuesday 2 April 2013

Realiti : Teksi #2


Harini sememangnya tangan sangat rajin untuk menaip…
Mencoretkan satu persatu pengalaman…


So apa pulak ceritanya kali ini…
Tengok tajuk… TEKSI…
Perh… cabaran masa kini…
Kalau dapat yang baik tu Alhamdulillah…
Dapat yang… ishhh isshhh ishhhh…
Merana betul…

Teksi sini hitam/putih... bukan macam warna kat atas ni.. hehehe

Setiap kali tahan teksi, tengok muka ammu teksi…
Mesti terlintas dalam hati, dia ni ok ke tak…
So tadi dapat yang merana betul… Perhh…
Nak dijadikan cerita…
Dari kuliah banat kelas Computer…
Untuk ke Gamaah Azhar untuk meneruskan kelas Ulum Al-Quran…
1st fe’el si ammu ni dia taknak khusy goa (masuk dalam) Jamiah Azhar tu…
Dia siap berenti tepi je… Takkan nak turun jalan kaki kot, jauhhh… panas lagi…
So bila slow talk dengan dia… (guna taktik : ammu, baidd ammu, ihna muta’akhor)…
Ammu pun kesian kan lah...
Time tu memang percaya ada lagi kelembutan si ammu ni walaupun tadi dia kasar…
Sekali sampai simpang kedua terakhir sebelum sampai kedepan kuliah, ada muzaharat pulak…
So ammu nak berenti kat situ je… aduhaiii jauh lagiii pulak tu…
Dia siap cakap “kalau kau tak nak turun aku pusing balik” perhhh… sakit pulak hati ni… bergenang lah airmata…
So kami turun je… yang bersama time tu Ayuni… Ayuni pun dah tarik muka dengan ammu macam muka kita lah… Hehehe… Muka cembeng…
Nak marah ammu, tak berani pulak, bukan tau pun nak cakap apa… tau haram alaik  je… hehehe… Beristighfar jugaklah kat situ…


Dah… yang ni dah redha… semoga lah ammu tu lepas ni insaf…
Tapi janganlah fikir rasa terazab pulak duduk Mesir… tak semua ammu teksi macam ni…
Cuma kita je kena selalu berhati-hati dan yang penting SABAR…

Realiti : Muzaharat #1

Bismillah...

2 April 2013... Satu kejadian yang meringankan tangan untuk tertulisnya entri ini...
Tak pernah terlintas pun nak menulis tentang muzaharat (demonstrasi)...
Namun muzaharat yang kali ini terasa terkesan sikitlah...
Bukan nak cerita pasal muzaharat bagus ke tak...
Pasal patut ke tidak buat muzaharat? Oh jauh sekali untuk dibahaskan...
Cuma, kenapa kali ini entri ini tertulis?

***
Straight to the point...
Sangat geram dengan Muzaharat Tasammum (Keracunan) tadi :
1) Tak sempat nak belajar tajuk baru ulum Quran tadi :(
2) Kena balik rumah jalan kaki, dah lah time pergi tadi teksi berenti tengah jalan, tak nak hantar sampai depan kuliah... tambah dengan panas lagi...
3) Teksi semua penuh... susah betul nak dapatkan teksi...
4) Bus/Tremco tak nak berenti... yang ni paling geram... no 1, 2 & 3 tu biasa lah lagi... yang ni sampai ada pakcik tu kejar bas, then tangan dia dah nak masuk tiba-tiba bas pecut... Perh... Pak cik tu jatuh terseret sikit dan tergolek-golek atas jalan, selamat kereta belakang tu jauh... Kebetulan pakcik jatuh depan ustaz-ustaz yang tengah menunggu teksi, so ustaz-ustaz tulah yang tolong... Ya Allah... apalah salahnya... aishhh... bergenang airmata...

***
Kak Timah, Mek Ya & Kak Pi
Lama jugaklah nak berdiri menunggu... So kami ambil keputusan untuk jalan kaki sambil tahan teksi kot kot ada yang nak berenti...
Yang best tu... panas tak terasa panas... sebab dapat jalan dengan pengantin baru...
Pengantin? Of course lah panas pun dia rasa sejuk... hehehehehehe...
So bila hampir 500 meter rasanya, dapat teksi...
Musykilah pulak, kami berenam... Tapi kami rayulah ammu tu... (Eh, rayuan yang bermoral taw, bukan menggedik)
Akhirnya dapat jugak naik berenam...



***
(Dalam teksi)
Kak Timah tanya ammu, kenapa ada muzaharat ni...
Jawapannnya memang ... ggrrrrrrrrrrrrr...
Muzaharat Tasammum...
Gara-gara ada pelajar yang keracunan makanan, mereka buat muzaharat ni...
Kalau dekat Malaysia, lapor dekat Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya kedai yang bermasalah itu, dikuarantin...
Tak munasabah kalau sebab tasammum nak muzaharat sampai 400 orang...
Oh itu stand saya... Mungkin sebab saya dibesarkan dalam biah yang berbudi bahasa...
Bukan maksud saya orang Mesir tak berbudi bahasa...
Cuma berdarah panas sikit lah kot...
Tapi tidak dinafikan, dalam beribadah dan ilmu, kalah lah orang kita kat Malaysia tu...

***
Cik biah masih boleh ber'peace',
Mek Ya & Kak Timah
Apapun... bukan untuk memburukkan Mesir...
Bahkan sangat seronok menuntut ilmu di Kaabah Ilmu itu sendiri...
Cuma pengalamn mematangkan diri...
Semoga yang mengalami tegah dan cekal... Sabar yang penting...