Saturday 30 March 2013

Personal : Penulisan itu mencoretkan isi hati

Bismillah...

Tema blog : Words from the heart...
So apa sahaja yang terlintas kat hati ni dan mampu memberi inspirasi atau manfaat...
Akan cuba ditadbirkan dengan sejernih kalam gitu...

Tak ada apa yang ingin diluah...
Melainkan pendapat yang sudah lama dipendam...
Berkenaan dengan penulis-penulis hebat yang mampu menggetar hati...

Jangan lihat yang jauh...
Insan-insan yang bakal diceritakan disini adalah...
Insan yang pernah dekat dan sedang dekat dengan diri ini sebenanrnya...

***
Along AIN...
Bakat menulisnya memang sentiasa menjadi tatapan mata ni...
Dalam status Facebook beliau...
Dah lama nak suggest beliau buat blog...
Tak terkeluar lagi...
~along ain n amirah syairah~
***
AMIRAH SYAIRAH...
Ini... kawan yang baru dikenali 10 September 2011...
Beliau sehaluan, kami tinggal ditempat yang sama dan belajar di universiti yang sama....
Boleh juga kita gelarkan dia... Si Thaqofah...
Semua pengetahuan am... memang tip top...
Akan juga disuggest kan untuk dia menulis blog...
Demi maslahat ummah...

***

Kak KHAIRIYATUL NAJIHAH...
Tidak pernah bersua muka...
Twitter, Whatsapp, Viber, Facebook...
Itulah penghubung kami...
Namun setiap kata-katanya...
Sangat indah...
Check out her blog...

***
~anisah syahirah~

ANISAH SYAHIRAH...
Seorang kawan juga sejak sekolah menengah dulu...
Perasan ayat di twitternya... Pasti ada kalam taujihat dan bermanfaat...
Dan harini bakatnya sangat menarik hati ni...
Sehingga tertulislah entri ni...
So this is her blog...

***
Yang lain ligai (akan datang)...

(.)

Thursday 28 March 2013

Kisah 2 : Perwira terakhir Granada #4


Musa keluar sejak sebelas jam yang lalu untuk bertarung habis-habisan demi mencapai salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya, sama ada kemenangan mahupun syahid di jalan Allah, sang musuh yang berbaki disebabkan kelembutan para muslimin (ketika kegemilangan Islam, kalau para muslimin mahu, mereka boleh sahaja memhapuskan semua orang yang bukan Islam, namun mereka masih mempunyai ciri kesantunan) menyerang dan mereka menjadi kuat disebabkan kelemahan muslimin, mereka semakin melampau disebabkan kesantunan para muslimin, mereka mula merampas daripada para musliman, kampung demi kampung, negara demi Negara, sehingga hampir mengusir para muslimin daripada rumah terakhir mereka di Al-Andalus iaitu Granada.
Tempoh dukacita mula mengangkat Kota Granada, disebabkan takut kepada Musa, maka Kota Granada menjadikan beliau sebagai seorang ketua, menyerahkan kepadanya sebagai seorang nakhoda, untuk memandu kapal yang tidak keruan dan bingung arahnya ditengah-tengah taufan, dan angin rebut kea rah pinggir yang aman, jika lemah Musa untuk menyelamatkannya maka tiada siapa lagi yang akan dapat menyelamatkannya selepas itu… Musa juga merupakan benang jahitan terakhir daripada jahitan harapan. Musa juga merupakan cahaya terakhir daripada matahari yang terpancar memenuhi bumi untuk menerangi dan membimbing yang hampir terbenam, maka jika terputus jahitan ini tersebarlah putus asa dalam kalangan masyarakat… Musa juga seperti rangkap terakhir daripada nasyid yang permulaannya ditulis oleh Tariq Bin Ziyad, kemudian berturutlah dalam penyusuannya para perwira iaitu Abdul Rahman Al-Ghofiqi, Abdul Rahman Ad-Dakhil, Abdul Rahman An-Nasir, lalu dibawa nasyid itu oleh para perwira yang berani sama ada jauh mahupun dekat dan ianya dilaungkan (dengan kuat sehingga berdengung) di Perancis, Itali, kemudian menjadi semakin perlahan dan tiada apa yang berbaki daripada nasyid ini kecuali rangkap terakhir ini (Musa), maka apabila selesai nasyid, keringlah mulut dari nasyid tersebut dan matilah…
Sesungguhnya Musa ibarat baris terakhir dalam kitab, keperwiraan dan kemuliaan, itu adalah seperti apa yang ditulis oleh kaum Arab Muslimin selama 805 tahun, namun dengan mudahnya tentera Sepanyol memadamnya dalam tempoh beberapa tahun sahaja, dan tiada apa yang tersisa melainkan baris (Musa) terakhir ini, jika ia juga dipadam maka terhapuslah kitab ini dan celakalah… Musa juga ibarat nafas terakhir daripada nafas kehidupan di Al-Andalus, jika terhenti nafas yang satu itu, dan terasa tenang nyawa yang tersisa itu, maka Al-andalus akan runtuh, punah (menjadi kesan sahaja selepas bentuknya hancur), dan jadilah memori yang mulia dalam setiap diri muslim dan amanah dalam diri mereka sehingga Hari Kiamat.
Khabar itu datang dari atas pagar (khabar Musa telah pun kembali), mulut-mulut mula berbicara dari telinga ke telinga, tersebar ke seluruh bandar dan khabar itu lebih laju sampainya, lebih dari lajunya kilat, sehingga sampai ke halaman-halaman dan jalan-jalan, dan masuk ke rumah-rumah penduduk, dan menembusi ke rumah-rumah dan bilik bawah tanah sekalipun terowong, khabar itu tidak lama kemudian dilantunkan, lalu membuatkan para penduduk itu keluar ke jalan-jalan, jalan-jalan itu dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia sama ada lelaki mahupun perempuan, tua mahupun muda, kaya mahupun miskin, jalan-jalan itu dipenuhi dengan sungai ribuan manusia, yang mengalir ke arah pagar, riuh-rendah, kekcohan, berbuih (ibarat air yang berbuih), mereka ibarat air yang turun dan deras seperti tidak waras, seakan-akan yang mendorong sungai itu (mereka) adalah kekuatan , kerahsiaan, keagungan yang mengandungi tiga perkataan berbisa yang membuatkan mereka celaru : Musa telah pun kembali...
Gambar hiasan : المصيبة يلين القلب...

p/s : To Be Continued...
     : sebarang keputarbelitan ayat sila rujuk kitab.


sharing : Ok… Tak dinafikan ada yang tak faham (sebab time ni gabung kelas dengan ikhwah, malulah nak tanya aicececeh), sebarang ketidak tepatan akan diupdate semula….

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Firqoh Ula Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyah

Saturday 23 March 2013

Kisah 2 : Perwira terakhir Granada #3


Sesungguhnya Musa Bin Abi Al-Ghassan merupakan harapan rakyat jelata dan hanya kepadanyalah tempat perlindungan dan pergantungan selepas kebergantungan kepada Allah. Musa telah muncul disaat kesusahan sepertimana bintang yang muncul sebagai petunjuk kepada orang-orang yang tersesat dan sudah pun berputus asa.

singa ommeeiii anggattt #SHN

Musa tampil secara tiba-tiba dari kegelapan. Kegelapan malam yang teramat. Dengan sekelip mata beliau menyinari seperti bulan penuh menyinari alam. Begitulah beliau membela para rakyat bersama perwira-perwira ketika mana ditimpa kegelapan musibah. Beliau harapan ummah, beliau  seorang yang masyhur, beliau seorang pahlawan untuk satu peperangan yang tersangat sukar, beliau menyeru para rakyat untuk bertempur tatkala beliau sudah letih dalam pertempuran, lalu para rakyat menyahut seruannya tatkala kelelahannya sepertimana yang diajarkan Nabi Muhammad S.A.W tentang cara-cara menyahut seruan ketika mana diseru untuk berjihad dan berkorban, mereka menyahut seruan dan terkoyaklah pakaian beliau yang lusuh dan lama disebabkan singa-singa hutan (tashbih : keberanian rakyat Arab Islam seperti singa). Maka  beliau (Musa) berdiri bersama singa-singa tersebut (isti'arah : rakyat Arab Islam) untuk menghadapi hujanan orang-orang Sepanyol yang lebat (musuh sangat ramai) dan beliau tetap berdiri teguh, namun singa-singanya telah gugur menjadi mangsa peperangan di medan yang mulia itu.


p/s : To Be Continued...
     : sebarang keputarbelitan ayat sila rujuk kitab.

sharing : at last doc mustafa tanya tentang perenggan ni... susah ke senang? seriously dengan jujur, jelas, padat dan jahr... Keluar dari mulut SUSAH!! doc pun gelak... hamboiii doc nii... hihihi... risau ni, cemana ek... sehari dapat satu perenggan je... btw... we have been strived so we need to put the trust in Him...

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Firqoh Ula Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyah


Friday 15 March 2013

Kisah 2 : Perwira terakhir Granada #2 Muqoddimah


Kota Granada pada hari itu telah melalui hari-hari hitam yang sukar, kota Granada juga menyaksikan musibah-musibah yang berat bertimpa-timpa, tidak pernah penduduk di kota itu melalui malam yang membuatkan tidur mereka tidak lena, berasa dalam ketakutan seperti malam hari itu, melihat sekeliling kota itu, tiada apa yang disaksikan kecuali bandar-bandar yang tunduk di bawah tangan musuh yang berkeliaran menjaga dan menetap disitu, walhal pada suatu ketika dahulu, kota itu adalah kota bangsa Arab, yang merupakan pusat Islam, namun kini penduduknya dicemuh dan diperhambakan, yang mana pada dahulunya kota itu lebih mulia daripada helang (yang semua haiwan tunduk padanya), dan kota itu lebih kuat daripada helang (yang dikagumi), kini kota Granada dengan sendirinya mempertahankan kawasannya dan mempertahankan tanah, maruah dan agama, dan bersendirian melunaskan hutang, iaitu hutang jihad. Hutang jihad yang sudah sampai ke pangkal-pangkal tengkuk kota-kota Al-Andalus kesemuanya dan para muslimin, tatkala bandar-bandar Al-Andalus yang lain lena daripada melunaskan hutang, bandar-bandar lain tersebut sibuk dengan kerajaan khayalan mereka dan gelaran-gelaran Sultan yang diberikan bukan pada tempatnya (gelaran sultan yang hanya pada nama bukan hakiki).
Islam memerintah selama 805 tahun.
Bermula 92 H / 711 M sehingga 897 H / 1492 M

Kota Granada menyaksikan istana yang agung dan cantik, yang mana istana itu adalah istana terakhir yang para pemimpin sibukkan untuk melihat pemandangannya, dan istana itu yang menjadikan para pemimpin itu melupakan akhlak padang pasir para penduduk mereka suatu ketika dahulu (kuat dan gagah), dan kubur-kubur kemuliaan (seolah-olah kemulian itu sudah mati) mereka mula melihat pada istana itu, namun tidak terlihat disitu pembina-pembina Al-Hambra melainkan seorang lelaki yang lemah seolah-olah seorang wanita yang berjanggut, yang bernama Abu Abdullah As-Soghir (sultan terakhir Granada) – dan ibunya yang mulia dan berani, seolah-olah seorang lelaki yang diciptakan berupa bentuk perempuan : Aishah, lalu Aishah memalingkan mukanya daripada istana ke bahagian katil-katil dan bertanya : “Adakah Musa sudah pulang?”

p/s : To Be Continued...
     : sebarang keputarbelitan ayat sila rujuk kitab.

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Firqoh Ula Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyah

Monday 4 March 2013

Kisah 2 : Perwira terakhir Granada #1 Muqoddimah


Matahari pada 21 Muharram 897 H tidak bersinar tatkala menjenguk ke bumi Granada, sebuah kota yang dulunya memberi kebahagiaan dalam hidup penduduknya, memberi ketenangan di samping kenikmatan, kota yang udaranya berirama, segar, harum dan beraroma... Tetapi, sinar matahari tatkala melihat kota itu seakan-akan bermasam muka, kehairanan. 
Kota Granada terlihat kosong daripada kewujudan manusia, kecuali sekumpulan kecil perwira yang masih berdiri untuk mempertahankan kawasan-kawasan yang berdekatan. Sekumpulan kecil itulah yang merupakan sisa-sisa angkatan tentera yang suatu ketika dahulu pernah menakluk keseluruhan Sepanyol, yang pernah menaungi benderanya... begitu juga Perancis dan Itali. Mereka yang tinggal ini sedaya upaya cuba untuk mempertahankan kubu terakhir mereka untuk Islam di negara yang subur ini. Mereka membela rumah-rumah Allah dan mempertahankan kubur-kubur nenek-moyang mereka...

p/s : To Be Continued...

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Firqoh Ula Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyah

Kisah 1:Perbualan antara seorang gadis dan Syaitan detik kematian #2

Gadis:  Jadi apa lagi dosa-dosa aku... wahai sahabat kesesatanku... haa
Syaitan : Yang pertama yang terbesar yang palaing aku suka adalah meninggalkan solat... Aku jadikan kau melewat-lewatkannya... Aku jadikan kau menangguh-nangguhkannya... Aku jadikan kau mengabaikannya... DAN... Aku jadikan kau tinggalkannya !!! Sampai hati kau tu MATI ! Sesingguhnya, perbezaan antara orang Islam dengan orang Kafir tu adalah meninggalkan solat... Jadi siapa yang tinggalkannya adalah kufur..! Sesungguhnya... aku dapat sempurnakan satu kerja yang sangat lumayan...
Gadis : Laknat Allah ke atas engkauuu..! Adakah lagi dosaku selain daripada ni?
Syaitan : Selain dari yang ni banyak lagi.... dan semua tu cukup bagiku...
Gadis : Aku cabar kau kalau aku ada dosa selain tinggalkan solat tu... yang mana bersamanya musibah yang besar...
Syaitan : Relaks... relaks...! Mmm... Celakalah manusia... Alangkah kufurnya dia... Kau dah nak mati ni... tapi kau terdaftar sebagai penzina lebih dari 100 kali..!!
Gadis : Aku cabar kauuu!!!!!!!! Selama aku hidup, aku tak kenal walau seorang lelaki...
Syaitan : Ya... benar... tetapi... Tidakkah kau keluar pada hari begini dan hari begitu pergi ke kedai minyak wangi dengan wangian mahal kau??
Gadis : Ya...! Kenapa... Apa masalahnya..??
Syaitan : Bau wangian kau telah dihidu oleh si fulan... si fulan... si fulan... Kau tak tahu ke, sesungguhnya mana-mana perempuan yang keluar dan memakai wangian, apabila para lelaki terhidu bau wangiannya, dia adalah seorang penzina..!
Gadis : Laahhh.. Minyak wangi je punnn...
Syaitan : Kau nak yang lebih lagi ke??
Gadis : Ada apa lagi selain dari yang ni? Tak cukup ke?
Syaitan : Takkan cukup selamanya... Aku bukan saja mahukan kau masuk Jahannam... Bahkan aku nak kau berada di tingkat terbawah sekali...!
Gadis : Laknat Allah ke atas kau!! Kenapalah dengki sangat kau ni dengan anak-anak Adam... Mmmm... Apa lagi dosa aku dah buat??
Syaitan : Kau menanggung dosa si fulan... si fulan... si fulan... sangat panjang senarai nama ni...!
Gadis : Ahhhh... Kau tipu... Padahal seorang dari mereka pun aku tak kenal... Bagaimana mungkin aku boleh menanggung dosa mereka...
Syaitan : Wajar... Ya memang wajar... Mmmm... Apa punya teruk lah kau punya lupa... Kau dah lupa ke... pada hari begini... pada hari begitu... kau keluar dengan baju yang sempit... berlenggang-lenggok... berhias berlebih-lebihan... Dan pada haritu... Seluruh langit dan bumi melaknat engkau..! Kau telah membuat si fulan... si fulan... si fulan... terpesona dengan kau...! Kau memuat mereka ingin melihat engkau... bahkan kau telah merosakkan taubat-taubat sebahagian daripada mereka... dan tentu sekali... Dosa dosa untuk kau tidak ubah seperti dosa-dosa mereka... Betapa besarnya perhitungan Allah... Kau ibarat api yang aku nyalakan.... Kau ibarat panah yang aku lontarkan... yang terkena pada hamba-hamba Allah...
Gadis : Taakkkk!! Aku akan mengucap supaya aku mati dalam syahadah...
Syaitan : Kata-kata kau ni dari dulu lagi aku dengar dari orang-orang macam kau nilah... Bagaimana mungkin... lainlah kalau sebelum hari ini... tapi sekarang atas lidahmu ada lebih berat dari gunung... Aku cabar kau untuk sebutnya... Haaa... Sekarang adalah masanya untuk berpisah...

HR Ibn Majah, Tirmizi, Ahmad

Syaitan : Aku dah bersama kau sejak kecil... Dan aku akan turuti kau kemana sahaja kau pergi... kecuali ke kuburr!!! Kau pergilah seorang diri... bergelaplah kau seorang diri... bersempit-sempitlah kau seorang diri...

HR Muslim

Gadis : Laknat Allah ke atas kauu..!! Aargghhhh... Kau rosakkan dunia dan akhiratku... Mmmmm Tidakkah mereka akan datang... Tidakkah..!!!
Syaitan : Siapa?? Haaa...
Gadis : Ahli keluarga akulahh...
Syaitan : Celaka kau ni... Hari ini adalah hari yang tidak berguna lagi ahli keluarga.. Ehh.... Kau tengok tu... Sesungguhnya dekat mata membawa ketakutan yang amat dahsyat.... Mereka adalah malaikat azab dan mereka bersama mereka bau dari neraka yang mana baunya tersangat busuk... Belumkah Dia (Allah) menyingkapkan yang menutupi matamu?


QS 50 : Surah Qaaf

Syaitan : Sesungguhnya mereka berkata... Keluarlah wahai ruh yang keji... Keluarlah kau kepada kemarahan dan kemurkaan Allah Azza Wa Jalla...
QS 6 : Surah Al-An'am

p/s : The End... Semoga Bermanfaat
     : maaf utk penggunaan bahasa... it's a translated dialogue from Arabic...

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyyah

Saturday 2 March 2013

Personal : If it is to be... It is up to me...

Bismillah...

Alhamdulillah...
Just began the mission...
It is a long journey and story...
Definitely, need the diligence to pass through...

Oh Flowers,  Oh Trees, Oh Grasses...
  Do pray for forgiveness for me always...
Do being the witness of my good deed...

Oh friends...
Do love me as much as you can...
Do remind all the mistake i do...
This is not all about "none of my business"

Oh Allah... Ya Kholiqi...
I desperately need your guidance, blessing and love always be with me...

Waiting for the blessing ending...
*_* blink blink...
Such a wonderful day...

Aminnn....


You and me... time to strive in order to please Him...!!

Let's fight the lust!!!

If it is to be... It is up to me...
[Johnson William H.]

Kisah 1:Perbualan antara seorang gadis dan Syaitan detik kematian #1

QS 50 : Surah Qof

Gadis : Wajar ke aku mati...!? Tak wajar...!! Aku masih muda untuk mati...! Usia aku baru 24 tahun... tak syak lagi sesungguhnya aku sedang bermimpi, pasti doktor akan datang kepadaku... aku pasti dia akan datang... aku nak segelas air, sungguh kering rasanya tekak ni... kenapa tiada seorang pun menjawab permintaanku... ayahhh... ibuuu... kenapa seorang pun tidak mendengariku....
Syaitan : aku mendengari engkau... dan tiada orang lain selain aku mendengari engkau...
Gadis : kau... dimana kau? kau siapa?
Syaitan : aku temanmu.... aku syaitan dengan segala keindahan dan kecantikan...
Gadis : Aku berlindung dengan Allah daripada engkau... Gurauan apakah ini!! Ini mesti mimpi ngeri dan aku akan bangun dari mimpi ngeri ini! A'uzubillah..!? A'uzubillah..!?
Syaitan : sekarang... sekarang A'uzubillah... sekarang baru kau ingat Allah? Kenapa kau tak ingat sepanjang hidup kau? Kenapa kau tak ingat ketika kau turutkan hawa nafsu? Sekarang kau sedang menghadapi sakaratul maut... Sekarang... A'uzubillah..!! Tak tahu maluu...!
Gadis : kematian..? kematian apa? Aku muda lagi untuk mati...
Syaitan : Sejak bila mati mengenal usia muda atau tua? Mati tidak mengenal usia kecuali apabila sudah sampai ajal kau...
QS 7 : Surah Al-A'raf

Syaitan : Sekarang aku berehat dari kau selepas tamat tugasku...
Gadis : Tugas kau?! Apa kau cakap ni... apa tugas kau?
Syaitan : Tugas aku yang telah bermula sejak Allah menciptakan Adam, hari dimana iblis bersumpah untuk menyesatkan anak-anak Adam... dan sejak itu, terbahagilah makhluk kepada dua kelompok... kelompok Allah dan kelompok syaitan...
Gadis : Celakalah kau ni... kau cakap apa ni...?
Syaitan : Kata-kata ni kau baru pernah dengar ke? Maaflah ni semua kerja aku... Aku mengajak kau dengar  lagu-lagu dan semua yang haram...
Gadis : Aku berlindung dengan Allah dari kauu... Aku dari kelompok Allah... Akuu... Akuu lebih baik dari orang-orang lain... Aku lebih baik... Aku lebih baik!!
Syaitan : Cantiknya ayat kau...! Aku pernah ajar ayat ni pada orang lain macam kau... kau tengok ea... mereka yang berada di jahannam pada tingkat ke-empat berkata "kami lebih baik dari mereka yang berada di paling bawah"... Tapi kesemua mereka dalam neraka... kesemua mereka dalam kesesatan... tak ada bezanya kesesatan yang jauh mahupun dekat...
Gadis : Tapi aku tak ada dosa yang banyak... aku muslimah... Aku muslimah!! Dosa aku semua kecil-kecil...
Syaitan : Tidak wahai teman seumur hidup... Sesungguhnya dosa kau besar tetapi aku menjadikannya kecil pada pandanganmu...Aku hiaskannya dan aku menjadikannya tampak remeh...
QS 16 : Surah An-Nahl

Syaitan : Aku bukanlah raja ke atasmu tetapi aku hanya yang boleh mengarahkan kau untuk buat sesuatu... Aku cuma mengajak dan engkau yang menerima ajakanku... aku menghiasi yang haram depan kau... dan memang kerja aku menghiasi perbuatan haram di hadapan anak-anak Adam... aku dah buat kerja ni sejak lama dulu dah... aku ganggu perhatian kau... aku membuat kau lupa... aku yang jadikan kau melakukan perkara haram... kau tak betul-betul bertaubat... sesungguhnya apabila kau meminta syurga untuk dirimu sekali... beribu kali aku pohon neraka untukmu!!



p/s : To Be Continued...
     : maaf utk penggunaan bahasa... it's a translated dialogue from Arabic...

Sumber : Kitab Maharat Lughowiyah Li Kuliah Al-Ulum Al-Islamiyyah