Thursday 11 April 2013

Realiti : Riadhah

Saya merasakan hidup saya tiada jodoh dengan sukan tertentu. Sentiasa berubah mengikut fizikal, mental dan circumstance mungkin. Seawal usia 5 tahun, sukan pertama yang saya ceburi, kutip gula-gula siapa paling banyak anjuran Balai Raya Felda Palong 8. Sewaktu saya masih merangkak menuntut ilmu asas di TADIKA, saya cenderung kepada pertandingan menyusun alfabet dari A-Z. Alhamdulillah saya menang. Tapi saya failed pada ketika itu ketika pertandingan isi air dalam botol. Saya gelar ini sukan rakyat.

:: sekolah rendah ::

Namun disini saya begitu tidak aktif dalam bersukan kerana saiz tubuh yang agak besar dari kawan-kawan yang lain. Lompat jauh yang sepatutnya dua kaki, saya dengan dua kali percubaan, mendarat cuma dengan satu kaki sahaja. Lompat tinggi pula saya jadikan Lompat Rempuh. Saya ada juga beberapa kali mencuba untuk melontar peluru, katanya badan besar kuat kalau melontar. Tapi tangan saya selembut hati saya, tidak biasa melempar dengan kasar sekali. Kalau kawad kaki entahlah nak gelar sukan mahupun tidak, tapi saya dapt join kerana yang diperlukan dalam bidang ini ialah mental, minat, dinamik serta energi. Allah Maha Memberi.

:: sekolah menengah ::

Disini saya tidak pasti lemak dan daging saya disedut oleh nyamuk apa sehingga saya tidak lagi berdagu dua seperti dahulu. Saya mula berjinak-jinak dalam sukan merentas desa kerana saya mendapati saya mempunyai energi untuk berlari lama tetapi, saya failed kalau disuruh pecut! Pencapaian yang paling membanggakan saya rasanya ketika berusia 17 tahun, saya berjaya dengan pingat Perak, tetapi saya tercampak jauh di peringkat daerah dengan tempat ke-22. Jangan gelakkan saya ok.  Saya juga menceburi sukan bola jaring ketika 15 tahun untuk posisi Goal Attack dan Goal Shooter. Time pemilihan semua bola nak gol, bila dah terpilih, hancur. Tangan saya yang selembut hati ini tidak menerima sebarang bola laju dan melontar bola yang jauh. Disebabkan keikhlasan hati kak NurFatin Syahira, dia mengajar saya untuk bermain ping pong pula pada usia 16 tahun. Di sini saya rasa mungkin kena dengan saya, seiring dengan kelembutan tangan yang ibarat hati saya. Tapi sekali lagi, saya tidak mampu nak spin bola. Haha. Lepas tu saya dah keluar sekolah. Pergi PLKN....

:: PLKN ::

Saya ingat tidak akan mencipta sejarah disini, tetapi Allah telah mentakdirkannya. Disebabkan Kompeni Bravo tidak cukup peserta untuk pertandingan Kembara Halangan (if I'm not mistaken) mungkin kerana saya slim maka saya yang ditambahkan untuk mencukupkan kolum. Tak yakin pun tapi bedal saje. Ada lebih kurang 7 halangan rasanya. Yang saya ingat Lompat Vault, meniti jambatan bergoyang,Tarzan Swing, panjat halangan 2 meter, merangkak dalam terowong, Monkey Track, panjat dan lompat, Kawat Berduri. Sebenarnya sebelum pemilihan, kami telah pun diberi peluang untuk sesi pemilihan, sememangnya saya failed bila tiba di bahagian Monkey Track. Asyik jatuh masuk air. Biasalah tangan selembut hati. Habis boot saya waktu tu. Haish. Tapi sangat mengharukan kerana kompeni saya menang juga time tu.

:: universiti ::

Saya tak pernah melibatkan diri dalam apa-apa pertandingan sukan lagi di sini. Tapi saya selalu pergi riadhah jika diajak atau ada kelapangan. Baru masuk tajuk. Selalunya saya main bola jaring kalau dengan akhawat AmanahRaya ni. Pernah sekali team bola jaring kami menjalani usrah seusai selepas subuh semata-mata ingin menyertai perlawanan persahabatan antara ARB vs AQ. Dan minggu lepas saya mengikuti program Rumah Negeri Sembilan iaitu bola tampar dan futsal. Saya bukan reti main. Asal boleh dan menghiburkan hati saya saje. Servis untuk bola tampar? Tak payah cakap semua kelaut. Dulu kat PLKN main bola tampar dengan kawan-kawan, saya selalu menggunakan kaki. Hehe. Saya main bola tampar minggu lepas seperti main bola jaring, entah memang tak reti. Bila sampai ke perlawanan futsal, punyalah semangat sampai satu padang saya lari, tamakkan bola, golnya satu je. Yang sepak sangat kuat ketika itu Kak Dura. Kak Nana tak kurang juga hebatnya jadi Goal Keeper. Kak Ain Syafiqah sama juga hebatnya dan ramai lagi.

Riadhah ribat Ukhwah - tema Lajnah Sukan AISA hehe

Sukan, walaupun jodoh kita tidak kuat, saya masih bersyukur untuk peluang dan pengalaman yang saya lalui. Yang penting : jangan pernah rasa rendah diri kerana sesuatu kekurangan, tetapi tampakkanlah sesuatu kelebihan yang dianugerahkan Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment